Tatabahasa
: Kata Nama Am dan Khas
Latihan 1
Baca dan garis kata
nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.
1.
|
Aliza telah membeli sepasang kasut
Alfio Raldo.
|
2.
|
Sekolah itu telah banyak
melahirkan pelajar cemerlang.
|
3.
|
Puisi yang telah dibaca oleh
Shakila adalah tentang masalah alam sekitar.
|
4.
|
Mardiana telah diserahkan kepada
keluarga angkatnya ketika dia berusia tiga hari.
|
5.
|
Laporan itu perlu dihantar kepada
gurunya untuk disemak.
|
6.
|
Semua murid dikehendaki duduk di
tempat masing-masing kecuali budak yang begar itu.
|
7.
|
Permohonan itu akan diurus oleh
Jabatan Kewangan.
|
8.
|
Anak-anak muda itu tabah
menghadapi cabaran hidup.
|
9.
|
Barangan seramik yang bermutu
tinggi itu adalah hasil ciptaan Encik Suki.
|
10.
|
Mereka bersatu menghadapi serangan
musuh.
|
11.
|
Ah Seng terduduk sejenak setelah
mendengar berita itu.
|
12.
|
Permaidani Korea itu terbentang di
ruang tamu.
|
13.
|
Pak Mustaffa tidak terbuat kerja
yang berat itu.
|
14.
|
Ibu bapa mereka baru sampai dari
Sarawak.
|
15.
|
Kelas tambahan akan diadakan pada
setiap hari Sabtu.
|
Latihan 2
Baca ayat-ayat di bawah ini. Kemudian, kelaskan kata
nama am dan khas di dalam jadual yang disediakan.
1.
|
Pegawai tentera itu mempunyai
suara garau.
|
2.
|
Sebagai penyanyi latar, hubungan
Lata dengan komposer lagu mestilah baik supaya mereka dapat menghasilkan lagu
yang terbaik.
|
3.
|
Pemuda itu semakin lemah kerana
darah berjejeran keluar dari lukanya.
|
4.
|
Kain baju itu berlonggok di dalam
bakul plastik.
|
5.
|
Nenek menghamparkan sebidang tikar
usang di ruang tamu.
|
6.
|
Latihan bola sepak akan diadakan
setiap hari kecuali hari Ahad.
|
7.
|
Mak Su membasuh pinggan mangkuk
yang digunakannya semalam.
|
8.
|
Dugong ialah haiwan laut yang
hanya makan rumpai laut sahaja.
|
9.
|
Dua orang penceramah telah
bersedia untuk menyampaikan ceramah masing-masing.
|
10.
|
Lisa membeli selendang sutera
untuk ibu kesayangannya.
|
11.
|
Penduduk kampung sentiasa
menghormati lelaki tua yang budiman itu.
|
12.
|
Kemalangan itu perlu dilaporkan
kepada polis.
|
13.
|
Tanaman ibu Aliah telah bertunas.
|
Kata Nama Am
|
Kata Nama Khas
|
Latihan yang berguna. Teruskan usaha.
BalasPadamTerima kasih.
PadamAnak saya, Melissa Pui suka melayari blog cikgu. Terima kasih!
BalasPadamTerima kasih.
PadamLatihan yang bermanfaat. Terima kasih!
BalasPadamTerima kasih.
PadamAktiviti menarik.
BalasPadamTerima kasih.
PadamLatihan yang disediakan amat sesuai untuk murid-murid saya. Terima kasih.
BalasPadamCikgu,saya hendak cuba tetapi tidak ada jawapan. Saya Yi Jia.
BalasPadam